Senin, 31 Oktober 2016

cara mendekatkan diri kepada allah

1. Tawwabun (Orang-Orang yang Bertaubat)

Seorang laki-laki dari yang hadir berkata: Wahai Nabi Allah, apakah itu hanya khusus baginya? Rasulullah Saw bersabda: "Namun bagi seluruh manusia". Hadits diriwayatkan oleh Muslim dan lainnya.

Barangsiapa ingin mengejar syurga dan ingin menjauhkan diri dari neraka, sekaranglah saatnya. Saat taubat masih diterima, saat dosa masih diampuni, sebelum ajal menjelma, sebelum amal terputus, sebelum Allah menghitung dan menghisab perbuatan manusia di tempat yang tidak diterima lagi harta dan tidak berguna lagi alasan dan yang tersembunyi menjadi nampak.


2. Mutawakkilun (Orang-Orang yang Bertawakkal)

Dalam pandangan syariat, salah satu ciri sikap tawakal ialah adanya usaha (ikhtiar) terlebih dahulu, kemudian menyerahkan segala usaha hanya kepada Allah, baik gagal ataupun berhasil. Menurut seorang mufassir, Ali al Qari, tawakal adalah mengetahui dan meyakini bahawa tidak ada yang mampu berbuat dalam alam ini kecuali atas kehendak Allah. Makhluk, rezeki, nikmat dan musibah, manfaat dan mudharat, kekayaan dan kemiskinan, sihat dan sakit, hidup dan mati, dan sebagainya berasal darAllah.

  At Tawakal mengungkap keistimewaan hamba Allah yang bertawakal kepadaNya seperti berikut:
i. Timbul ketenteraman jiwa dan ketenangan hati.
ii. Meningkatkan kekuatan jiwa dan kekuatan rohani.
iii. Meningkatkan kewibawaan.
iv. Keredhaan.
v. Optimis
3. Mujahidun (Orang-Orang yang Berjihad)


Yang dimaksud jihad dalam teks umum ialah berjuang demi tegaknya agama Allah dimuka bumi. al-jihad pula bermaksud 'mengeluarkan segenap daya dan upaya untuk mencapai jalan kebenaran'. Dari segi bahasa, jihad bermakna 'kesulitan', 'kesukaran' dan 'kepayahan'. Secara terminologi, jihad bermakna 'mengerahkan segenap kemampuan di jalan Allah untuk meninggikan kalimat-Nya, membela agama-Nya, memerangi musuh-musuh-Nya, dan mencegah kezaliman, kejahatan dan pelanggaran.' 


4. Khasyi'un (Orang-Orang yang Khusyuk dalam Solat)


Solat adalah perintah dari Allah SWT sewaktu peristiwa Israk Mikraj. Ia diwajibkan untuk muslim yang berakal dan baligh. Di dalam solat terdapat banyak kebaikan seperti zikir, doa, selawat dan meditasi. Solat juga adalah tiang agama. Barangsiapa menegakkan solat, dia telah menegakkan agama dan barangsiapa yang meninggalkannya bererti dia meruntuhkan agama. Solat juga adalah amalan yang pertama sekali akan dihisab oleh Allah SWT.

Cara untuk mencapai khusyuk dalam solat adalah seperti berikut:
i. Menyingkirkan segala sesuatu yang mengganggu tumpuan dalam solat
ii. Berlaku Ihsan, iaiatu seakan-akan kita melihat Allah, sekurang-kurangnya Allah akan melihat kita.
iii. Mengetahui makna bacaan solat
iv. Sebahagian ulama menganjurkan untuk melihat tempat sujud
v. Tuma'ninah, iaitu tenang dan tidak terburu-buru.



5. Munfiqun (Orang-Orang yang Gemar Bersedekah)

Sedekah bererti memberikan sebahagian harta kepada orang lain atau institusi yang berhak untuk kepentingan sosial atau agama dengan mengharapkan keredhaan Allah SWT. Ada sedekah wajib dipanggil zakat sebanyak 2.5% setahun apabila cukup syaratnya. Pahala sedekah itu bergantung bukan sahaja kepada nilai sedekah tetapi bergantung juga kepada keikhlasan dan tujuan seseorang itu bersedekah.


6. Zakirunallah (Para Ahli Zikir)

Zikir bermaksud mengingati Allah. Zikir tidak hanya dilakukan didalam solat atau ketika berada di dalam majlis ilmu, bahkan zikir itu boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja baik secara terang-terangan (melalui lidah) atau secara tersembunyi (melalui hati). Menurut Ibnu Qayyum, indahnya zikir kerana ianya tidak dibatasi waktu sama ada ketika berdiri, duduk dan berbaring.


Berikut adalah fadhilat berzikir:
1. Menjadikan jiwa merasa tenang
2. Menjadikan hati bersih
3. Mendapatkan keampunan dan pahala disisinya.
4. Menghindari kesesatan
5. Termasuk dalam golongan yang beruntung

7. Sabirun (Orang-Orang yang Bersabar)


Sabar itu adalah sebahagian dari iman (H.R. Abu Na'im)

Allah telah menyebut tujuan kita dihidupkan di dunia ini adalah untuk diuji. Seperti ujian di dunia, tentu ada markahnya. Allah SWT yang akan menilai dan menghisab lalu memberikan markah (pahala) kepada kita di hari akhirat. Beruntunglah orang yang lulus ujian Allah didunia ini kerana ganjarannya adalah syurga yang penuh dengan segala kenikmatan.

Jumhur ulama mambahagikan sabar dalam beberapa kategori seperti berikut:
i. Sabar dalam meninggalkan maksiat
ii. Sabar dalam menjalankan perintah agama
iii. Sabar apabila ditimpa bencana

8. Amal Anbiya' wal Mursalun (Amalan para Nabi dan Rasul)

Nabi dan Rasul adalah manusia pilihan Allah SWT yang telah diberikan tugas untuk menyampaikan risalah dakwah Islamiah kepada kaumnya. Dalam dakwahnya, nabi dan rasul lebih banyak menjelaskan tentang peraturan berkenaan akidah dan akhlak Nabi dan Rasul mempunyai tugas untuk membetulkan kembali akidah manusia yang telah menyeleweng dari menyembah Tuhan yang satu.


Nabi dan Rasul mempunyai sifat-sifat mulia seperti berikut:
1. Terhindar dari perbuatan dosa (maksum)
2. Layak menjadi contoh teladan kepada umatnya kerana mempunyai sifat yang mulia seperti berbudi pekerti, kekukuhan akidah, baik hati, sabar dsb.
3. Mendapat rahmat kesejahteraan dari Allah.
4. Mereka diutus untuk amar makruf dan nahi mungkar maksudnya untuk memberi khabar gembira untuk amalan baik dan peringatan untuk amalan yang buruk.
5. Memiliki 4 sifat wajib iaitu: i. siddiq / jujur ii. amanah / dapat dipercayai iii. tabligh /menyampaikan iv. fatanah / bijaksana 


Sama-sama kita beramal dengan amalan para nabi dan rasul dengan mengikut sunnah Rasulullah SAW dan cuba mengikuti sifat-sifat Nabi dan Rasul di atas.


9. Mukhlisun (Orang-Orang yang Ikhlas Beramal)

Ikhlas itu adalah urusan hati. Hanya Allah SWT yang tahu sama ada seorang hambaNya itu ikhlas apabila berbuat kebaikan bahkan malaikatpun tidak tahu. Hati selalu berkata benar, seperti cermin. Setiap orang yang berdiri di depan cermin tidak mungkin dibohongi cermin bahawa dia cantik sedangkan kenyataannya tidak begitu. Cermin (hati) akan mengungkapkan apa adanya.


10. Amal Waliyullah (Amalan Para Kekasih Allah)

Waliyullah adalah orang-orang yang dikasihi Allah. Kata wali mengandungi banyak maksud, antaranya 'teman', 'kekasih' atau 'pengikut'. Sebahagian ulama' berpendapat bahawa apabila Allah berkenan menjadikan seseorang sebagai wali-Nya, dibukalah pintu hijab sehingga dia selalu berzikir kepada Allah dan merasakan kenikmatan dalam beribadat kepadaNya. Telah terbuka tirai hijab menuju makrifat sehingga benar-benar mengetahui Allah dengan segenap kemuliaan dan keagunganNya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar